BAB 2: NUTRISI

Kelas Makanan

1. Nutrisi adalah proses mendapatkan makanan untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.

2 Makanan berbeza mengandungi nutrien yang berbeza. Nutrien adalah bahan di dalam makanan yang diperlukan oleh badan.

3. Makanan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, iaitu :-

  • Karbohidrat
  • Protein
  • Lemak
  • Vitamin
  • Mineral
  • Gentian
  • Air

KARBOHIDRAT

1. Karbohidrat boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk iaitu gula, selulosa, glikogen dan kanji.

2. Contoh daripada kanji adalah nasi, roti,kentang, gandum dan lain-lain.

3. Gula merupakan  bentuk ringkas karborhidrat. Jenis gula ringkas adalah glukosa (anggur), sukros (tebu), dan laktos (susu).

4. Selulosa ditemui dalam dinding sel tumbuhan dan tidak boleh dicernakan. Contoh : buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Glikogen ditemui dalam hati dan otot.

PROTEIN

1. Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.Sesetengah protein mempunyai sulfur dan fosforus.

2. Protein terbentuk daripada unit-unit asas yang dinamakan asid amino.

3. Protein haiwan termasuk daging, susu, ikan dan telur. Kekacang, bijirin dan kacang soya adalah protein tumbuh-tumbuhan.

4. Fungsi protein adalah ;

  • Diperlukan untuk membesar dan memperbaiki sel-sel yang    rosak.
  • Digunakan untuk menghasilkan enzim, hormon, antibodi dan                                                                   hemoglobin.
  • Sebagai sumber tenaga jika kekurangan karbohidrat.

5. Protein yang berlebihan akan dipecahkan oleh hati kepada urea, di mana ia disingkirkan sebagai air kencing.

6. Kekurangan protein terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan mengidap penyakit kwashiorkor.

7. Protein boleh diuji dengan Reagen millon’s, apabila dipanaskan. Mendakan putih bertukar warna merah.

VITAMIN

1. Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan.

2. Vitamin tidak membekalkan tenaga.

3. Hanya vitamin B dan C sahaja larut air. Yang selebihnya adalah larut lemak.

4. Berikut menunjukkan sumber Vitamin, fungsi dan kesan kekurangannya.

SUMBER VITAMIN FUNGSI KESAN KEKURANGA
A-Lobak merah,tomato, labu,telur, ikan. Pandangan malam yang baik dan kulit yang sihat.  Rabun malamKulit tidak sihat
B-Sayur-sayuran hijau, susu,telur, bijirin, yis. Sistem saraf yang   sihat  Beri-beri, Anemia 
C-Buah-buahan segar, sayur- sayuran hijau.  Untuk melawan penyakit.  Skurvi 
D-Kuning telur,hati, terbentuk pada kulit di bawah sinar matahari.  Untuk gigi dan tulang yang sihat dan kuat.  RakhitisOsteomalasia
E-Minyak sayur- sayuran,gandum,kacang.  Untuk kesuburan.Mencegah kerosakan sel  Kemandulan 
K-Hati, sayur- sayuran hijau, tomato,kuning telur.  Pembekuan darah  Melambatkan pembekuan darah

MINERAL

1. Garam mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.

2.Contoh mineral adalah kalsium, fosforus, iodin.

3. Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan juga penting dalam penghasilan hormon dalam kelenjar tiroid.

ZAT BESI

1. Contohnya adalah Hati, telur dan sayuran.

2. Membentuk hemoglobin dalam sel darah merah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s